Rabu, 29 Jun 2011

Bongkar Rahsia Disebalik Israk Mikraj



Israk Mikraj adalah merupakan satu peristiwa besar dalam sejarah Islam di mana Nabi Muhammad SAW dijalankan daripada Mekkah ke Baitul Maqdis dengan menunggang seekor buraq. Kemudian Baginda dinaikkan ke Sidratul Muntaha bagi menemui Allah SWT dan turun dengan membawa bersama-samanya kefardhuan sembahyang. Sejarah agung ini jelas telah diketahui oleh semua umat manusia dari segenap lapisan umur.

Namun tidak cukup hanya dengan mengetahui sejarah Israk Mikraj, para pelajar SAM Sungai Merab Luar didedahkan dengan seribu satu rahsia disebalik peristiwa besar itu. Sejarah Yahudi yang menjadi igauan ngeri buat semua penduduk Islam Palestin telah dibongkar dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mejar Nazri bin Munsman. Beliau merupakan seorang pegawai KAGAT dan juga salah seorang tenaga penting di dalam ISMA. Beliau dijemput oleh pihak asrama melalui AMAN PALESTIN bagi mengisi program pada malam Israk dan Mikraj di Surau Al-Azhar.

Dengan paparan slide show yang mengandungi pelbagai input dan maklumat baru, beliau turut mengulas tentang kefardhuan solat dalam peristiwa tersebut. Namun apa yang lebih menarik minat para pelajar adalah segala rahsia ketenteraan yang beliau sampaikan. Ternyata Zionis dan yahudi laknatullah harus diusir dari bumi Palestin. Justeru bersama-samalah kita teruskan usaha memboikot produk-produk Israel dan kembali membangunkan ekonomi Islam. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang ceramah beliau :












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANDA MUNGKIN GEMAR