Isnin, 25 April 2011

Kejohanan Futsal Asputera


Hari ini adalah hari yang sangat sesuai untuk beriadhah disamping menjalinkan silaturrahim bagi semua penghuni Asputera SAMSMEL. Exco Sukan Asputera telah mengatur satu kejohanan futsal yang dijalankan di luar sekolah iaitu di gelanggang futsal awam berhampiran Dewan JKKK Sungai Merab Luar. Dengan kadar sewa sebanyak RM51.00 bagi menyewa 3 gelanggang, pihak Exco Sukan Asputera telah mengatur satu perlawanan yang melibatkan semua dorm. Selain itu acara sampingan yang tidak dipertandingkan adalah acara bola tampar dan badminton. Semua pelajar lelaki terlibat menjayakan kejohanan futsal ini dan mereka sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan di luar sekolah tersebut. Mereka berharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi dari semasa ke semasa. Berikut adalah paparan gambar sepanjang kejohanan sukan tersebut :


Selasa, 12 April 2011

Cintai Solat Oleh Ustaz Haji Mohd Nasib Zawawi



Kuliah maghrib kali ini disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. iaitu Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Nasib bin Zawawi. Tajuk ceramah beliau adalah "CINTAI SOLAT". Antara isi kandungan ceramah beliau adalah, beliau mengajak semua pelajar untuk membuat perbandingan antara perjalanan hidup kita seharian dengan solat yang fardhu. Beliau membawa satu kupasan yang sangat menarik bagaimana kita boleh menjadikan kehidupan seharian kita sebagai pemangkin untuk mencintai solat. Dengan intonasi dan nada suara yang sungguh menarik, beliau berjaya menyentuh hati dan perasaan semua pelajar agar menghayati tuntutan solat dan menjadikan solat sebagai satu ibadah yang mampu meningkatkan potensi diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
ANDA MUNGKIN GEMAR