Ramadhan ... Hadirmu dinanti, pemergianmu ditangisi. Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak pentadbir dan semua guru-guru warden asrama, SAM Sungai Merab Luar ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa & semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat kita disepanjang bulan mulia ini.
Sesungguhnya bulan Ramadhan bukannya disambut tetapi diisi dengan pelbagai amal ibadat seperti berpuasa di siang hari, membanyakkan tilawah Al Quran dan sedekah juga jangan dilupakan. Disamping solat terawikh pada malamnya, carilah peluang agar dapat menunaikan ibadat pada malam Lailatul Qadar. Di bulan penuh barakah ini, Allah lipatkan gandakan pahala setiap amalan. Justeru rebutlah peluang keemasan ini untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.